Tuesday, 28 June 2011

Bergotong-royong Menceriakan Kelas




  Pada taikh 13 Mac 2011 kami bersama rakan sekelas yang lain bersama-sama bergotong royong untuk menceriakan kelas kami agar semangat untuk mendalami ilmu lebih menebal. Kami turut berharap guru-guru yang sedang mengajar dapat menyampaikan maklumat dengan tenang dan lebih terancang.

 Aktiviti dimulakan dengan membersihkan perkakas elektrik seperti kipas dan lampu. Setiap pelajar membawa sendiri kain perca yang akan digunakan untuk menyental kotoran serta sawang yang ada pada perkakas tersebut.Semua pelajar kelihatan sungguh bersemangat untuk menampakkan kelas kami menjadi lebih ceria.



 Seterusnya, kami bersama-sama membersihkan lantai dengan tekun agar sampah yang ditinggalkan tidak mencacatkan pnglihatan. Kami turut mencantikkan kelas kami dengan mewarnakan dan menulis perkataan yang boleh menaikkan semangat kami untuk belajar. Perkataan-perkataan tersebut  diwarnakan dengan warna yang ceria dan terang agar mudah diperlihatoleh pelajar.


  Selain itu, kami turut bersama-sama melakukan aktiviti lain seperti menyusun meja dan pelbagai lagi.

No comments:

Post a Comment