Monday, 27 June 2011
Aktiviti Memasang Langsir di 302
Pada tarikh 3 mac 2011 yang lalu kami telah mengadakan aktiviti memasang langsir agar menampakkan kelas kami kemas dan adiwarna. Sebelum aktiviti di atas dilaksanakan kami telah bersepakat untuk membeli langsir yang cantik dan kemas untuk menjadikan tempat kami menimba ilmu pengetahuan menjadi lebih indah dipandang. Kami juga menginginkan kelas yang sejuk dipandang mata.
Kami turut berharap guru-guru yang mengajar dikelas kami gembira dan proses pengajaran dan pembelaran juga dapat berjalan dengan lancar. Semasa aktiviti memasang langsir dilakukan kami serta rakan sekelas bersama-sama membahagikan tugas dan memasangnya dengan gembira kerana suasana kelas kami akan berubah. Kami turut bekerjasama dan saling bantu membantu untuk memperoleh hasil yang terbaik.
Setelah bertungkus lumus memasang akhirnya langsir tersebut selesai dipasang. Kelas kami menjadi indah tepat dengan angan yang bermain difikiran kami sekelas. Walaupun penat, tetapi kami puas kerana penat lelah kami berbaloi dan semua rakan kelas kami kelihatan gembira kerana suasana proses pembelajaran yang lebih indah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment