Sunday, 4 December 2011

Don't worry


Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk
bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang
American dan disebelahnya orang Cuba.

Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami
pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak,
tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu
dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir
apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap
Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya
lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Monday, 28 November 2011


Percaya atau tidak rangka kereta yang berkarat dibawah berjaya dilelong dengan harga GBP 68 000 di Sydney baru-baru ini. Pada asalnya ia sebuah Bugatti Type 38 yang rare. Ianya ditemui didalam sebuah reban beberapa tahun yang lalu. Ketika ianya dilelong, rumah lelongan Bonhams menjangkakan ianya hanya akan mencapai harga maksimum GBP 9000. Tanggapan mereka salah sama sekali.


Bugatti Type 38 ini tidak mempunyai badan maupun enjin. Sebahagian besarnya juga sudah bekarat! Adalah dipercayai tuan baru kereta ini berhasrat untuk membaik pulihnya ke keadaan asal. Sebuah Type 38 dalam keadaan yang boleh berfungi boleh dijual dengan harga GBP 200 000.

Agaknya kalau jual bangkai Proton Wira berapa sen boleh dapat? 60 tahun akan datang akan adakah peminat kereta Malaysia yang sanggup bina semua Proton Wira yang sudah lapok macam diatas?



Monday, 10 October 2011

Pengorbanan seorang ibu


Cerita ini mengisahkan gempa bumi yang berlaku China. Seorang wanita ibu kepada seorang bayi yang sanggup berkorban untuk melindungi bayinya dengan dalam situasi merangkak tetapi kaku.

Hidangan Terakhir


Bila seorang banduan bakal dijatuhi hukuman mati, beliau diberi satu permintaan akhir untuk meminta apa yang ingin dinikmatinya sebagai santapan terakhir. Ada yang meminta ayam goreng dan ada juga yang meminta hanya sekotak rokok Pall Mall. Cara mereka menikmati saat akhir dibumi sebelum bertemu ilahi sangat menginsafkan. Berikut adalah set gambar yang diambil oleh James Reynolds, seorang pereka grafik yang berasal dari England. Set gambar yang diberi nama The Last Suppers ini mendokumentasikan 8 makanan terakhir seorang banduan bilik akhir di England.

As for me? Sekiranya aku banduan bilik akhir,aku nak sebotol Coke gergasi dan sepinggan chicken chop. Usai makan malam I will be ready to meet my maker. I just hope I won't burp too much as the noose slowly broke my neck! LMAO














Poster Hollyood versi Rusia


In Soviet Russia..............

Defuq? Aku demand poster filem Malaysia diolah semula oleh artisan bekas kesatuan Soviet sekarang!



Sunday, 24 July 2011

Kalau Haram, Tetap Haram

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


Agaknya Dunia Dah Tidak Selamat

Bila terdengar berita tentang gempa bumi kita jadi seram sejuk memikirkan hari kiamat. Di alam barzakh kita pulak sorang-sorang. Siapa lagi yang nak tolong meneman kan kita selain amalan yang kita lakukan didunia. Bila difikirkan balik cukup ke amalan ?? 

Ingat tak kejadian yang melanda Jepun tempoh hari ?/ Pada malam Faiz tebgok kejadian tu melalui Buletin  Utama kat TV3 pun daa rasa seram sejuk. Ditambah lagi dengan kejadian anatara Libya dan Amerika Syarikat (U.S.A). Pakcik Afiq cakap kalau negara Arab kucar-kacir nanti akan lairnya Imam Mahdi apabila lahirnya Imam Mahdi nanti akan turunnya Nabi Isa. Bukankah itu antara 10 tanda besar kiamat. Usatazah kita orang ada cakap kalau orang yang beriman mereka tak kan menempuh kiamat. Nanti ada angin lalu sepui-sepui dan mereka yang beriman akan dimatikan so mereka tidak akan menmpuh kiamat.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang te
ntang hari kiamat”.


 Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

Wednesday, 20 July 2011


Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya”. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT”. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT”. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT? Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mengsyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya.
Kemudian ditakdirkan si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatanNya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Bangkitlah Saudara Ku



Andai sahaja manusia tahu betapa seksanya dibakar di dalam api, maka mereka akan cuba menyelamatkan diri dari dibakar.. Lihatlah gambar di atas, hayatilah betapa sakitnya dibakar dengan api.. Ia hanya api dunia yang tidaklah sepanas mana.. Lihatlah ada orang menghulur tangan, mereka cuba bantu kita dari dibakar api, mereka itulah orang yang menasihati ke arah kebaikan.. Mereka bukan cemburu, bukan menyibuk hal orang lain, tapi mereka tak mahu kamu dibakar sebegitu rupa.. Tahu kan api neraka tu 70 kali ganda lebih panas dari api yang terpanas di dunia?
Jadi mengapa kita masih lagi tidak mahu solat? tidak mahu tutup aurat? tidak mahu berbuat baik? tidak mahu mengikuti segala perintah dan meninggalkan larangan Allah? iblis itu dari api kejadiannya, dan ia akan kembali kepada api neraka, tapi dia akan membawa kita semua, umat manusia menemaninya di sana.. apakah kamu semua sanggup menerima pelawaan tidak rasmi dari iblis?
Sedarlah wahai saudara seagamaku.. dibakar dengan api dunia itu sangat sakit, kamu boleh cuba sendiri jika ingin merasainya.. tinggalkanlah segala kejahilan dan kemungkaran yang telah kita lakukan.. berubahlah dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik mulai saat ini.. jangan tundakan masa lagi.. maut itu tidak menanti kita langsung, walau sesaat.. jadi takkan kita mahu bertaubat setelah maut menghampiri? fikirlah dengan pandangan yang jauh, bahawa dunia ini sekejap sahaja kita duduki dan rasai nikmat, tapi akhirat itu kekal selamanya..
Wahai saudaraku, ajaklah keluargamu, sahabat2mu, jiran2mu, dan sesiapa sahaja yang seagama dengan kita, ajaklah mereka ke arah kebaikan.. sama2 main peranan untuk menegur dan mengelakkan dosa yang dibuat.. moga dengan usaha kita menegur dan cuba memperbetulkan mereka yg jahil dan lalai itu, Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.. mula dari sekarang, pergilah di pasar, shopping kompleks, bandar2, kampung2, dan di mana jua, tegurlah jika mereka tidak menutup aurat, tegurlah jika mereka tak solat, tegurlah jika mereka berdua2an berpegangan bukan mahram, tegurlah jika mereka berbuat jahat dan bermaksiat pada Allah, tegurlah wahai sahabatku..
Janganlah kita mengambil sikap membiarkan saudara2 kita membuat maksiat, janganlah takut untuk menegur mereka, sayangilah mereka kerana Allah, sayangi mereka dengan menegur mereka supaya mereka tidak dibakar.. Cubalah dan mulakan dengan ahli keluarga.. jangan takut pada masyarakat, kita memegang amanah Allah, membawa pesanan Allah untuk mereka, ia satu jihad juga.. tolonglah wahai saudaraku, kita mulakan.. jangan biarkan saudara islam kita dirosakkan sewenang2nya oleh yahudi dan nasrani atau org2 barat..
Kepada pemimpin, hentikanlah membiarkan arak berleluasa, hentikan kezaliman terhadap rakyat, hentikan dan tutuplah pusat hiburan, jalankanlah undang2 islam.. hentikanlah ribda dan rasuah.. nanti kamu akan disoal di hari akhirat di hadapan semua orang, apakah kamu sanggup menanggung dosa sebesar alam ini dari setiap manusia yang menjadi mangsa kerosakan yang telah dilakukan? bangkitlah wahai pejuang2 islam.. bangkitlah wahai tentera islam.. bangkitlah wahai manusia yang mengaku Allah tuhan kamu dan Muhammad rasul kamu.. bangkitlah, Allahuakbar!!!

Tuesday, 28 June 2011

Bergotong-royong Menceriakan Kelas




  Pada taikh 13 Mac 2011 kami bersama rakan sekelas yang lain bersama-sama bergotong royong untuk menceriakan kelas kami agar semangat untuk mendalami ilmu lebih menebal. Kami turut berharap guru-guru yang sedang mengajar dapat menyampaikan maklumat dengan tenang dan lebih terancang.

 Aktiviti dimulakan dengan membersihkan perkakas elektrik seperti kipas dan lampu. Setiap pelajar membawa sendiri kain perca yang akan digunakan untuk menyental kotoran serta sawang yang ada pada perkakas tersebut.Semua pelajar kelihatan sungguh bersemangat untuk menampakkan kelas kami menjadi lebih ceria.



 Seterusnya, kami bersama-sama membersihkan lantai dengan tekun agar sampah yang ditinggalkan tidak mencacatkan pnglihatan. Kami turut mencantikkan kelas kami dengan mewarnakan dan menulis perkataan yang boleh menaikkan semangat kami untuk belajar. Perkataan-perkataan tersebut  diwarnakan dengan warna yang ceria dan terang agar mudah diperlihatoleh pelajar.


  Selain itu, kami turut bersama-sama melakukan aktiviti lain seperti menyusun meja dan pelbagai lagi.

Jadual Kelas

Isnin

Perhimpunan
PJK
PJK
Matematik
Rehat
Geografi
Sejarah
Sejarah
PAI(Agama Islam)
PAI(Agama Islam)

Selasa

PAI(Agama Islam)
PAI(Agama Islam)
Sains
Sains
Rehat
Bahasa Malaysia
Matematik
Matematik
Sivik

Rabu

KHB(Perdagangan)
KHB(Perdagangan)
KHB(perdagangan)
BI
Rehat
Bahasa Malaysia
Bahasa Malaysia
BI
Sains
Sains

Khamis

Tilawah(Agama Islam)
Tilawah(Agama Islam)
Tilawah(Agama Islam)
BI
Rehat
Sivik
Geografi
Geografi
BI
BI

Jumaat

Seni Visual
Seni Visual
BI
Rehat
Matematik
Matematik
Sains

Monday, 27 June 2011

Membuat Folio Bersama Guru matapelajaran



Kami(murid kelas 302) telah menghabiskan masa selama 2 minggu untuk menyiapkkan folio sekolah(Sejarah&Geografi)

Folio Sejarah yang bertajuk Sejarah MDSB(Majlis Daerah Sabak Bernam)
Folio Geografi yang bertajuk Kesan Pengunaan Bahan Kimia Terhadap Alam Sekitar(Racun&Baja)



Selain itu kami juga mengadakan lawatan dan temu ramah bersama penduduk Parit 1 dan Pegawai Daerah

Beberapa gambar dapat diambil sebagai bukti 


bahan bahan yang kami gunakan untuk menguatkan lagi isi-isi folio geografi kami yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian.



Walaupun pelbagai cabaran yang kami harungi tetapi kami dapat juga menyiapkan folio ini dalam masa yang ditetapkan.

Carta Organisasi Kelas

Guru Besar
Pn. Zuraidah bt Mohd Sanif

Guru Kelas
Pn. Norizah bt

Ketua Kelas
Amirul Ikmal bn. Ramli

Penolong Ketua Kelas
Nurliyana bt. Muin

Setiausaha
Nur Syafiqah Bt. Shamsul Subari

Bendahari
Nurfarhana bt. Abu Seman

Ketua Kebersihan
Raja Kamaluddin b. Raja Rosli

AJK. Kebersihan
Nurul syahirah bt. Jaafar Sidek
Nurul Zahirah Bt. Shamsuddin



Majlis Menandatangani Rekod Kecemerlangan



  Pada setiap tahun majlis menandatangani rekod kecemerlangan yang disertai oleh ibu bapa,pelajar,dan guru. majlis tersebut diadakan untuk menunjukkan tahap kecemerlangan anak-anak kepada ibu bapa masing-masing supaya ibu bapa dapat menilai pencapaian anak mereka.Guru-guru turut memberi untuk meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar.


 Majlis dimulakan pada pukul 11 pagi, ramai pelajar membawa ibu bapa masing-masing. Sesetengah ibu bapa tidak dapat menghadirkan diri mungkin kerana kesibukan atau  sakit.Semasa majlis sedang berlangsung ada dikalangan ibu bapa yang melemparkan senyuman dan ada juga yang bermuka masam.Hal ini mungkin kerana segelintir pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan.


  Sementara itu, guru tingkatan sibuk melayan ibu bapa yang hadir.Suasana di ketika itu sungguh gembira dan meninggalkan kesan kepada diri.Tidak lupa juga kepada yang kurang bernasib kerana mereka tidak dapat merasai hadir ke majlis ini bersama ibu bapa.


Menampal Maklumat di Ruang Info 302



Pada 20  february 2011 kami bersama rakan sekelas yang lain bersama-sama menampal maklumat akademik di ruangan info yang disediakan.Aktiviti ini bertujuan untuk mengguatkan dan meningkatkan pengetahuan.Selain itu, aktiviti ini dapat memperluas pengetahuan.




   Pelajar juga dapat menguatkan kefahaman dalam sesuatu pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal formula atau malumat-maklumat penting yang berkaitan dengan peperiksaan yang bakal dihadapi.Tambahan lagi, jadual tugasan dan jadual waktu juga ditampal bagi memperingatkan pelajar agar menjalankan tugas dan menepati waktu.Penampalan carta organisasi juga membuatkan keadaan kelas lebih sistematik.

Aktiviti Memasang Langsir di 302



  Pada tarikh 3 mac 2011 yang lalu kami telah mengadakan aktiviti memasang langsir agar menampakkan kelas kami kemas dan adiwarna. Sebelum aktiviti di atas dilaksanakan kami telah bersepakat untuk membeli langsir yang cantik dan kemas untuk menjadikan tempat kami menimba ilmu pengetahuan menjadi lebih indah dipandang. Kami juga menginginkan kelas yang sejuk dipandang mata.


Kami turut berharap guru-guru yang mengajar dikelas kami gembira dan proses pengajaran dan pembelaran juga dapat berjalan dengan lancar. Semasa aktiviti memasang langsir dilakukan kami serta rakan sekelas bersama-sama membahagikan tugas dan memasangnya dengan gembira kerana suasana kelas kami akan berubah. Kami turut bekerjasama dan saling bantu membantu untuk memperoleh hasil yang terbaik.




Setelah bertungkus lumus memasang akhirnya langsir tersebut selesai dipasang. Kelas kami menjadi indah tepat dengan angan yang bermain difikiran kami sekelas. Walaupun penat, tetapi kami puas  kerana penat lelah kami berbaloi dan semua rakan kelas kami kelihatan gembira kerana suasana proses pembelajaran yang lebih indah.  



Jadual Tugasan Harian 302


ISNIN
AZHAN
AWAL
ADILA
SYAHIRA
AFIFAH

SELASA
HANAFIEE
FARIZ
IKMAL
NANG
AINA
HAMIDAH

RABU
NAJIB
FAKHRUL
RAJA
FARHANA
ZAHIRAH
AKILLAH

KHAMIS
AMILIN
IZHAR
AFIQ
IZANI
SHASHA
FARHANA
ANIS

JUMAAT
SHUKREY
ASYRAF
KHAIRIL
LIYANA
SYAFIQAH
IZZATI

HHHHHSUSUN MEJA

HHHHH PADAM PAPAN PUTIH


LIYANASAPU SAMPAH





Senarai Guru yg Menggajar 302

       SUBJEK DAN  NAMA GURU                                      


 B.INGERIS-CIK ANITA SANTINI A/P MANI   


 B.MELAYU-PN. JASLIAH BT. ABD. SAMAD   


 GEOGRAFI-PN. HJH. SABARIAH SALMINAH SADALI  


 KEMAHIRAN BERSEPADU-PN. RAZELIZA BT. ABD RAJI        


MATH-PN. NORIZAH BT. MOHD SATARI       


 PAI-PN. ZAINAB BT. SULAIMAN       


PJK-EN ANUAR KADIR   


 PSV-EN. KHASMAWAI B. SAIDIN   


 SEJ-PN. NORHAYATI KARDI   


 SN-PN. ROSHILAH ANITA KASSIM  


 SVK-PN. HJH. SABARIAH SALMINAH SADALI  


 TIL-PN. ZAINAB BT. SULAIMAN