Monday 27 June 2011

Majlis Menandatangani Rekod Kecemerlangan



  Pada setiap tahun majlis menandatangani rekod kecemerlangan yang disertai oleh ibu bapa,pelajar,dan guru. majlis tersebut diadakan untuk menunjukkan tahap kecemerlangan anak-anak kepada ibu bapa masing-masing supaya ibu bapa dapat menilai pencapaian anak mereka.Guru-guru turut memberi untuk meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar.


 Majlis dimulakan pada pukul 11 pagi, ramai pelajar membawa ibu bapa masing-masing. Sesetengah ibu bapa tidak dapat menghadirkan diri mungkin kerana kesibukan atau  sakit.Semasa majlis sedang berlangsung ada dikalangan ibu bapa yang melemparkan senyuman dan ada juga yang bermuka masam.Hal ini mungkin kerana segelintir pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan.


  Sementara itu, guru tingkatan sibuk melayan ibu bapa yang hadir.Suasana di ketika itu sungguh gembira dan meninggalkan kesan kepada diri.Tidak lupa juga kepada yang kurang bernasib kerana mereka tidak dapat merasai hadir ke majlis ini bersama ibu bapa.


No comments:

Post a Comment