Sunday 24 July 2011

Kalau Haram, Tetap Haram

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.


Agaknya Dunia Dah Tidak Selamat

Bila terdengar berita tentang gempa bumi kita jadi seram sejuk memikirkan hari kiamat. Di alam barzakh kita pulak sorang-sorang. Siapa lagi yang nak tolong meneman kan kita selain amalan yang kita lakukan didunia. Bila difikirkan balik cukup ke amalan ?? 

Ingat tak kejadian yang melanda Jepun tempoh hari ?/ Pada malam Faiz tebgok kejadian tu melalui Buletin  Utama kat TV3 pun daa rasa seram sejuk. Ditambah lagi dengan kejadian anatara Libya dan Amerika Syarikat (U.S.A). Pakcik Afiq cakap kalau negara Arab kucar-kacir nanti akan lairnya Imam Mahdi apabila lahirnya Imam Mahdi nanti akan turunnya Nabi Isa. Bukankah itu antara 10 tanda besar kiamat. Usatazah kita orang ada cakap kalau orang yang beriman mereka tak kan menempuh kiamat. Nanti ada angin lalu sepui-sepui dan mereka yang beriman akan dimatikan so mereka tidak akan menmpuh kiamat.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang te
ntang hari kiamat”.


 Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

Wednesday 20 July 2011


Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya”. Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT”. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu. Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT”. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT? Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mengsyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya.
Kemudian ditakdirkan si kaya itu semakin Allah SWT tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatanNya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua karena ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Bangkitlah Saudara Ku



Andai sahaja manusia tahu betapa seksanya dibakar di dalam api, maka mereka akan cuba menyelamatkan diri dari dibakar.. Lihatlah gambar di atas, hayatilah betapa sakitnya dibakar dengan api.. Ia hanya api dunia yang tidaklah sepanas mana.. Lihatlah ada orang menghulur tangan, mereka cuba bantu kita dari dibakar api, mereka itulah orang yang menasihati ke arah kebaikan.. Mereka bukan cemburu, bukan menyibuk hal orang lain, tapi mereka tak mahu kamu dibakar sebegitu rupa.. Tahu kan api neraka tu 70 kali ganda lebih panas dari api yang terpanas di dunia?
Jadi mengapa kita masih lagi tidak mahu solat? tidak mahu tutup aurat? tidak mahu berbuat baik? tidak mahu mengikuti segala perintah dan meninggalkan larangan Allah? iblis itu dari api kejadiannya, dan ia akan kembali kepada api neraka, tapi dia akan membawa kita semua, umat manusia menemaninya di sana.. apakah kamu semua sanggup menerima pelawaan tidak rasmi dari iblis?
Sedarlah wahai saudara seagamaku.. dibakar dengan api dunia itu sangat sakit, kamu boleh cuba sendiri jika ingin merasainya.. tinggalkanlah segala kejahilan dan kemungkaran yang telah kita lakukan.. berubahlah dan berhijrahlah ke arah yang lebih baik mulai saat ini.. jangan tundakan masa lagi.. maut itu tidak menanti kita langsung, walau sesaat.. jadi takkan kita mahu bertaubat setelah maut menghampiri? fikirlah dengan pandangan yang jauh, bahawa dunia ini sekejap sahaja kita duduki dan rasai nikmat, tapi akhirat itu kekal selamanya..
Wahai saudaraku, ajaklah keluargamu, sahabat2mu, jiran2mu, dan sesiapa sahaja yang seagama dengan kita, ajaklah mereka ke arah kebaikan.. sama2 main peranan untuk menegur dan mengelakkan dosa yang dibuat.. moga dengan usaha kita menegur dan cuba memperbetulkan mereka yg jahil dan lalai itu, Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.. mula dari sekarang, pergilah di pasar, shopping kompleks, bandar2, kampung2, dan di mana jua, tegurlah jika mereka tidak menutup aurat, tegurlah jika mereka tak solat, tegurlah jika mereka berdua2an berpegangan bukan mahram, tegurlah jika mereka berbuat jahat dan bermaksiat pada Allah, tegurlah wahai sahabatku..
Janganlah kita mengambil sikap membiarkan saudara2 kita membuat maksiat, janganlah takut untuk menegur mereka, sayangilah mereka kerana Allah, sayangi mereka dengan menegur mereka supaya mereka tidak dibakar.. Cubalah dan mulakan dengan ahli keluarga.. jangan takut pada masyarakat, kita memegang amanah Allah, membawa pesanan Allah untuk mereka, ia satu jihad juga.. tolonglah wahai saudaraku, kita mulakan.. jangan biarkan saudara islam kita dirosakkan sewenang2nya oleh yahudi dan nasrani atau org2 barat..
Kepada pemimpin, hentikanlah membiarkan arak berleluasa, hentikan kezaliman terhadap rakyat, hentikan dan tutuplah pusat hiburan, jalankanlah undang2 islam.. hentikanlah ribda dan rasuah.. nanti kamu akan disoal di hari akhirat di hadapan semua orang, apakah kamu sanggup menanggung dosa sebesar alam ini dari setiap manusia yang menjadi mangsa kerosakan yang telah dilakukan? bangkitlah wahai pejuang2 islam.. bangkitlah wahai tentera islam.. bangkitlah wahai manusia yang mengaku Allah tuhan kamu dan Muhammad rasul kamu.. bangkitlah, Allahuakbar!!!